Sebelumnya saya baca di Koran
KOMPAS hari ini. saya cari2 di website Kompas, ternyata ga ada. Setelah di Gogling dapetnya ini.
Pemancing rugi, nilai sebenar ikan dijual 50 kali ganda « think e a s y for thinking
Saya cuma Copy/Paste aja..semoga menambah informasi..and Sorry kalo Repost.
HONG KONG 25 April - Tiga pemancing yang menjual sekor ikan besar pada harga HK$20,000 (RM8,102), pastinya menepuk dahi kerana nilai sebenar ikan yang jarang ditemui itu berjaya mencecah HK$1 juta (RM405,000).
Akhbar Apple Daily melaporkan, ikan seberat 85 kilogram yang dikenali sebagai Chinese Bahaba atau nama saintifiknya Bahaba Taipingensis (sekeluarga dengan ikan kerakap), dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Hong Kong sejak sedekad lalu.
Salah seorang daripada pemancing tersebut, surirumah yang dikenali sebagai Mickey, sempat mengambil gambar dengan berbaring di sebelah ikan sepanjang 1.68 meter tersebut setelah berjaya dinaikkan selepas pergelutan selama 90 minit.
Ketiga-tiga pemancing itu dengan segera menjualnya kepada seorang nelayan tempatan pada harga HK$20,000 (RM8,102) sebelum ia dijual pula kepada seorang restoran makanan laut pada harga HK$580,000 (RM234,915).
Harga ikan itu terus melambung kepada HK$1 juta (RM405,000) apabila seorang pembeli dari tanah besar China ingin memilikinya.
Ikan spesies ini semakin terancam dan jarang yang dapat hidup sehingga mencapai usia matang berikutan kegiatan penangkapan ikan yang dilakukan secara keterlaluan.
Mungkin Teman-teman Saltwater bisa ngasih info tambahan..??