LIMA PERKARA ASAS DUNIA PANCING
a) Ikan:
Inilah sasaran utama memancing ialah menjinakkan ikan, sotong, ketam dan udang. Tanpa ada sasaran, mungkin usaha menjadi sia-sia dan matlamat tidak dapat dikecapi.
b) Umpan:
Memancing memerlukan umpan untuk menarik perhatian mangsa. Umpan merujuk kepada umpan hidup, mati mahupun tiruan seperti gewang, jig dan plastik lembut. Tanpa umpan ikan buruan tentu tidak akan menjamah pancing.
c) Masa:
Sesetengah diet dan selera ikan berkait rapat dengan masa. Sama ada siang dan malam, ketika air berarus atau tiada arus mahupun musim di kawasan persekitaran.
d) Peralatan dan Kemahiran:
Setiap kawasan dan jenis ikan buruan mesti dipadankan dengan peralatan yang sesuai.Gagal memilih peralatan seimbang dan sesuai boleh menyebabkan anda berputih mata. Pemilihan, penggunaan dan kawalan terhadap peralatan pula memerlukan kemahiran. Kemahiran boleh dikecapi melalui pengalaman dan tunjuk ajar selain melalui bacaan serta internet.
e) Nasib:
Nasib bukan satu pintu rezeki tanpa ia diusahakan terlebih dulu. Sebagai contoh, jika kita menaiki bot memancing, jangan harap ikan meloncat masuk ke dalam bot dengan sendiri. Konsep memancing memang tidak dapat lari daripada ungkapan ‘kita tidak tahu di mana ikan, kalau bernasib baik kita boleh dapat’.Jika kita memancing di kawasan yang sama (satu bot misalnya duduk sebelah menyebelah) dengan peralatan, umpan dan teknik sama. Tiba-tiba hanya rakan di sebelah yang menaikkan ikan sedangkan umpan anda langsung tidak disentuh. Jika ini berlaku, maka dia memang lebih bernasib baik daripada anda.Tapi jika anda sedang bertarung dengan saiz ikan yang sama menggunakan peralatan yang sama, tiba-tiba anda gagal atau ikan terlepas ataupun tali putus sedangkan rakan anda berjaya menewaskan mangsa. Ini boleh katakan kemahiran pula menentukan kejayaan.Jika hanya umpan berlainan maka diet atau umpan menjadi faktor. Jika umpan yang sama digunakan di lokasi yang sama tetapi memancing pada masa berlainan siang dan malam contohnya, masa pula menjadi elemen penentu.
UMPAN PANCING
Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk.
A. Umpan Laut Dalam
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )1.Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2.Gewang (Rapala)
3.Sotong Hidup B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut)
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll ) 1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai )
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll ) 1.Kelapa Sawit
2.Buah Neram
3.Ulat Sagu
4.Cengkerik
5.Ubi Kayu
6.Cacing Tanah
7.Perut Ayam
8.Gewang (mengilat)
D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
1.Katak
2.Cacing
3.Anak Udang
4.Pisang
5.Tepung & Dedak (Hong)
6.Roti
7.Anak Ikan
8.Hati Ayam
9.Telur Kerengga
JORAN
Joran (bahasa Inggeris: Fishing Rod atau Fishing Pole) adalah alat untuk memancing berbentuk seperti tongkat. Biasanya diasosiasikan dengan kegiatan sportfishing atau memancing untuk olahraga dan untuk kesenangan.
Bahagian-bahagian joran
1. Blank, ini bagian utama joran yang berbentuk tongkat memanjang.
2. Reel seat, dudukan reel atau penggulung kenur.
3. Butt, ini bagian joran dimana tangan memegang joran, di bagian ini terdapat reel seat, butt grip, dan beberapa joran menggunakan gimbal fighting butt).
4. Line Guide, ini bagian untuk mengontrol keluarnya kenur dari reel hinga mencapai ujung joran, ada 2 tipe utama line guide yaitu ring guide dan roler guide. Khusus untuk joran Fly Fishing ada 1 jenis lagi dinamakan snake guide karena bentuknya ulir menyerupai ular.
Sejarah Joran
Bersambung..........
|